Selasa, 8 Januari 2013

Bukti Mat Sabu benarkan perkataan Allah untuk Kristian

Bukti SMS itu palsu. palsu sama sekali. Jelas Mat Sabu menafikan dia mengeluarkan kenyataan membenarkan perkatan Allah untuk orang Kristian.

"Saya tidak kata begitu. Saya tidak pernah kata apa-apa. Depa (SMS) bohong. Saya berpendirian mengikut pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 2010.

"Tidak berubah. Tidak ada pandangan baru dan itu semua tidak betul," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.


Mohamad berkata memandangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang agama, maka beliau hanya mengikut pandangan orang yang lebih berilmu berhubung perkara tersebut tokoh utama PAS itu

"Saya tidak akan mengeluarkan pandangan baru," tegasnya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/218272#20130107133323




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Permainan ini semakin kotor dan jelik. Kesucian politik diwarnai dengan fitnah dan kezaliman. Sedangkan Allah melihat setiap masa perbuatan hambaNya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Sesungguhnya khiamat itu semakin hampir.

Benarkah kenyataan itu dikeluarkan oleh Mat Sabu? Jika ya dia harus meletakkan jawatan. Jika tidak maka ketahuilah itu adalah "sihir-sihir" yang ingin memecahbelahkan pakatan rakyat.

Sihir itu sungguh ampuh, ya atau tidak ia bakal membawa kelam kabut dalam dunia politik. Maka bertambah-tambahlah fitnah alam semesta.


Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu,Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini.Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah.

Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini.Seperti yang diketahui,hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja.

Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan.Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini,waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am,Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam,mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur.

Ketua Dewan Ulamak PAS,Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini.

Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam.

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat.Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa.Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan.

Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka. Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah.

Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik. Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu.Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui,PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI, KL

*http://malaysiaheaven.blogspot.com/2013/01/mat-sabu-menyokong-kristian.html

"Mat Sabu menyokong kristian"


Atas justifikasi apa YB Dato' mengeluarkan ulasan sebegini? Berdasarkan portal-portal begitu rupa? Apakah sudah ditanya kepada tuan punya diri duduk perkara sebenar? PBO™ yakin dengan kekuatan ilmu dan martabat Dato sebagai ilmuan agama boleh berfikir. Atau Dato' marah benar pada parasit-parasit yang Dato' maksudkan dalam PAS sehingga lupa asas ini.

"Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah."

Apakah Dato lupa akan kenyataan yang diputuskan pada tahun 2010?

Sehingga kini, saya sendiri belum menemukan tulisan / pautan asal dari Dato' .. mungkin benar tulisan Dato' di atas atau sekadar direka-reka. wallahualam.




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: