KUALA LUMPUR, 7 Jan — Blogger pro-Umno meminta maaf kepada ahli parlimen PAS Khalid Samad kerana memaparkan dalam blognya karikaturnya yang memegang salib.
Ahli parlimen Shah Alam itu menyaman blogger Dr Novandri Hasan Basri — yang dikenali sebagai Dr MiM — sebagai saman malu.
“Dr Novandri brsetuju utk minta maaf dan bayar ganti-rugi atas tindakannya mmfitnah saya melalui artikel d Blognya,” kata Khalid menerusi tweetnya pagi ini selepas mendengar kesnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.
Portal berita PAS Harakah Daily melaporkan Dr Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dan meminta maaf secara terbuka kepada ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu.
#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan
Blogger itu meletakkan karikatur Khalid memegang salib pada 15 Januari, 2010 yang bertajuk “Penjarakan Khalid Bishop Samad”.
Dalam penyelesaian luar mahkamah, pemohonan Dr Novandri harus diletakkan di Harakah Daily dan di blognya www.novandri.blogspot.com.
Dalam permohonan maafnya di Harakah Daily berkata, “Saya, Dr Novandri Hasan Basri demgan sesungguhnya dan suci hati ingin meminta maaf dan menarik balik segala kata-kata dan gambar yang bersifat fitnah ke atas YB Haji Khalid bin Abdul Samad sepertimana yang tertera di dalam artikel yang bertajuk “Penjarakan Khalid Bishop Samad” yang diterbitkan di blog http://novandri.blogspot.com pada 15/1/2010.
Saya juga menyesali akan apa-apa salah laku dan ingin memohon maaf kepada YB Haji Abdul Khalid bin Samad terhadap penerbitan tersebut, saya juga berakujanji untuk berhenti dan tidak mengulangi penerbitan serta kata-kata tersebut di masa akan datang.”
Khalid diwakili oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin.
PULAU PINANG: Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.
Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.
Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
(Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. (HARAKAH)
0 respon:
Catat Ulasan