Rabu, 2 Januari 2013

SPRM "pejam mata" laporan jalan termahal milik Ketua Pemuda UMNO T'ganu?

Jingga 13 hari ini (semalam) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Laporan SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.




#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Justeru, Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa pembinaan jalanraya ‘termahal’ tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu sendiri di dalam meng’anugerah’kan projek berkenaan kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para penduduk.

Dato’ Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Banggol Donas.

Jingga 13 mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.

Sebagai rekod, laporan SPRM ini adalah merupakan laporan yang ketiga dibuat. Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang keberhasilan terhadap siasatan yang telah dibuat termasuk perjuangan para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa moto “Rakyat Didahulukan” yang dilaungkan oleh pihak kerajaan hanyalah retorik semata-mata.

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Hahaha.... itu kira tak salah la tue... sebab jalan dibuat dengan PERMATA... hahaha... pasai tue la mahal... tambah lagi... kat Terengganu nih banyak sangat nak kena suap... sampaikan... yang suka main kuda pon nak kena suap gak... hahaha

Tanpa Nama berkata...

....jalan nih ade bumbung tu sebab la mahal. bumbung yg akan runtuh....

sizzly7761 berkata...

Mana nak siasat bro....ini Suruhanjaya Pelindung Rasuah Menteri!

Unknown berkata...

Bila dikaitkan dengan ahli-ahli parti setan yang dikenali, beginilah akan jadinya kerana ahli-ahli yang berperangai setan saja yang akan diserap menjadi ahli. Slogan beso-beso " Tradisi Membela Rakyat' tapi realitinya, membelasah harta rakyat. Kesimpulannya: Parti Setan, Ahli-ahli perangai setan, pemimpin-pemimpin pula jenis menatang babi bapak setan"