Isnin, 17 Disember 2012

Wang Rakyat Patut Labur Ke Pendidikan Bukan Kapal Selam

BANDAR TUN RAZAK, 16 DIS : Semua negeri sewajarnya mencontohi negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang membelanjakan dana awam kepada program yang betul-betul beri manfaat kepada rakyat dan bukan kepada dasar hanya menguntungkan segelintir individu.

Misalnya, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Selangor melabur di dalam sektor pendidikan menerusi peruntukkan dana kepada sekolah jenis kebangsaan dan sekolah agama dan hadiah anak masuk universiti.

“Kita patut banyakkan peruntukan di pendidikan bukan banyakkan wang rakyat untuk membelikapal selam.
“Kita harus berperang dengan menggunakan pendidikan bukan senjata. Kita harus bertanding dengan pakar-pakar yang dididik oleh negara,” ujar beliau lagi.

Semalam, Kerajaan Negeri juga membantu belia yang berpendapatan rendah dengan menanggung kos majlis perkahwinan dengan mengadakan kenduri dan majlis bersanding serentak yang melibatkan 61 pasangan.







“Kos perkahwinan sekarang semakin tinggi dan ini telah mengakibatkan ramai belia berhutang untuk menanggung kos tersebut.

“Oleh itu, Negeri Selangor yang di bawah Pakatan Rakyatmempunyai banyak program membantu rakyat.

“Terkini adalah membantu belia yang ingin berkahwin dengan mengadakan majlis berkahwin secara ramai,” katanya lagi, yang juga MP Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Khalid turut menyampaikan sumbangan kelengkapan sesi persekolahan peringkat Parlimen Bandar Tun Razak.

Seramai 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan menerima sumbangan berkenaan yang terdiri daripada beg sekolah dan alat tulis.


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

INI NAJIB SUDAH PATUT MATI HOO.DIA APA PIKIN BELI ITU KAPAL.INI MSIA OLANG LAGI TATAK CUKUP MAKAN.HAIYA INI NAJIB TARA GUNA PUNYA OLANG LAH .KASI NEGALA SUSAH SAJE.

Tanpa Nama berkata...

Ini plojek favourite Najib yg bt dia jd jutawan & bini pun boleh mewah sakan beli cincin, handbag, jam dsb. Tu yg smpi sanggup C4 org!