Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Ramli Yusuff berkata beliau membuat 52 pengisytiharan kepada ketua jabatannya sejak beliau menyertai pasukanpolispada 1970, dan kesemuanya telah diluluskan dan disahkan oleh Ketua Polis Negara (IGP).
Ramli menjelaskan demikian sebagai menjawab gesaan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan awal minggu ini supaya bekas pengarah CCID itu menjelaskan mengenai kekayaannya.
Ramli berkata, beliau juga mengisytiharkan dengan Badan Pencegah Rasuah seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Rasuah pada tahun 2007, apabila agensi anti-rasuah itu memulakan siasatan terhadapnya.
Bagaimanapun, Ramli telah didakwa oleh BPR atas tuduhan tidak mengisytiharkan asetnya. Beliau kemudiannya dibebaskan oleh hakim Mahkamah Sesyen dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri.
Katanya, bekas IGP telah memintanya supaya menjawab kepada umum mengenai aset dan kekayaan peribadinya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Ini adalah perlawanan dua naga dalam PDRM dulu. Keduanya tiada nilai Islam dan kaya dengan menggunakan pangkat dan kuasa.
Catat Ulasan