Selasa, 18 Disember 2012

Polis .. samseng serang bas PKR kau nak lepaskan sahaja?

Soalan tak susah .. agak-agak korang, kalau serangan tu ditujukan kepada bas yang membawa Najib dan rombongan UMNO macam mana? Selama ni, jarang sekali kita dengar rombongan UMNgOk diserang. Ni bukan Palestin aatau Somalia .. nak pergi ceramah kena serang. Memang baghal puak yang menyerang. Siapa lagi kalau puak yang takut dengan kebangkitan rakyat ...!

Bukan sekali, dah 4 kali .. pihakpolis masih tidak membuat sebarang tangkapan atau pengumuman?






Takkan dah sampai 4 kali polis masih tidak dapat mengambil sebarang tindakan? Tolong la weh .. tolong jangan sahkan anda penjilat tahi UMNgOk. Tulisan ni ditujukan kepada pemimpin polis mengikut telunjuk UMNGoK ... kepada polis yang menjalankan tugas dengan baik untuk rakyat jelata dan negara .. lu orang jangan risau ..!


PETALING JAYA, 18 Dis — PKR kecewa dengan pihak polis kerana tidak ambil tindakan terhadap samseng yang menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat mereka di Lebuh Raya Utara-Selatan semasa program sambutan Deepavali PKR Tapah Ahad lalu.

Menurut Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsul Akmar Radin Shamsuddin, beliau menghubungi ketua polis daerah Tapah mengenai kejadian tersebut, namun tidak ada sebarang tindakan sehingga hari ini.

“Selepas satu jam kita menunggu namun polis tidak juga muncul,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengutuk serangan tersebut dan mendakwa Umno terlibat dengannya.

“Mereka kini seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah,” kata Saifuddin dalam kenyataan yang dibaca oleh ketua penerangan parti tersebut, Dr Muhammad Nur Manuty.

Menurut Muhammad Nur, tindakan samseng tersebut membuktikan bahawa Umno sudah terdesak kerana sokongan rakyat sudah beralih ke arah PR.

“Mereka dalam keadaan ‘desperate’, kerana berdasarkan risikan dari pihak mereka menunjukkan rakyat mahukan perubahan.

“Jadi mereka teruskan tindakan ini untuk menakut-nakutkan pembangkang, kata ini negara demokrasi... kalau samseng macam ni, ini satu tindakan bacul dan tidak bermaruah,” kata Muhammad Nur lagi.

Serangan terhadap bas jelajah Merdeka Rakyat sudah berlaku sebanyak empat kali, di Kelantan, Melaka, Johor dan baru-baru ini di Tapah.

Muhammad Nur juga berkata, kawat cam untuk pembaling cat di Melaka sudah dikenalpasti, namun polis masih tidak memberitahu sebarang hasil siasatan.

Semasa kejadian, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas.

Menurut Radin, insiden itu berlaku antara 6.30 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar.


sumber sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: