Rabu, 19 Disember 2012

Hahahahha: Shafie Abdul kata pembangkang kuat di parlimen tak baik untuk negara

Reaksi PBO: HA!!! (sambil mulut terlopong) .. nasib baik tak masuk lalat .. macam ni pemimpin UMNO pun ada ke? Kasihan Najib ...! Sayonara la BN/UMNO


KUALA LUMPUR, 18 Dis — Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) hari ini berkata pembangkang yang kuat di Parlimen hanya akan mengganggu rancangan pembangunan dan perkembangan ekonomi negara dalam satu majlis di Dewan Perdana Felda hari ini.

Menurut beliau lagi, walaupun terdapat tanggapan mengatakan perkara tersebut akan mewujudkan “semak dan seimbang” (check and balance), ia sebaliknya mewujudkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan buat kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Sebuah kerajaan yang tidak kuat, sukar untuk meluluskan dasar dan polisi kerajaan.








“Ia juga menghalang kerajaan untuk melaksanakan segala program demi kepentingan rakyat,” kata beliau.

Menyedari hal sedemikian, rakyat Malaysia khususnya perlu berubah dan menggesa semua untuk memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Shafie.

“Hanya dengan kerajaan yang kuat dan kemenangan dua pertiga majoriti di Parlimen sahaja akan dapat membangunkan negara dan meningkatkan ekonomi negara,” tambah beliau.

Selain itu, menteri tersebut menyifatkan pembangkang di Malaysia bukan seperti di negara lain yang membantu kerajaan mereka memajukan negara sebaliknya hanya tahu berpolitik dan memburukkan pembaharuan negara.

“Pembangkang di Malaysia bukan seperti di negara lain, mereka disini hanya berpolitik siang dan malam.

“Untuk menjadi sebuah negara yang membangun dan maju aspek ekonomi, kita tidak boleh hanya berpolitik sahaja,” tambah beliau.

Sementara itu, Shafie turut mengakui kerajaan Barisan Nasional bukanlah sebuah sempurna dan tidak mempunyai kesilapan tetapi menegaskan segala keputusan yang dilakukan bukanlah kerana kepentingan untuk mana-mana individu tetapi adalah demi rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa.

“Kerajaan bukanlah sempurna dan terlepas daripada tidak melakukan kesilapan.

“Tetapi saya boleh beri jaminan setiap perkara yang kerajaan laksanakan bukan untuk kepentingan individu tetapi adalah untuk semua rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Beliau turut memberikan contoh ketakstabilan ekonomi yang berlaku di negara Eropah dan Amerika Syarikat hingga menyebabkan rakyat merana dan tertekan.

“Lihat seperti yang berlaku di Sepanyol, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat yang ekonomi mereka merosot kerana kerajaan lemah.

“Malahan di Britain juga tidak seimbang hingga wujudnya Parlimen Tergantung (Hung Parliament) apabila pembangkang kuat,” terang beliau.

Menjelang pilihan raya umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, Najib bakal berdepan cabaran getir terutamanya dalam memastikan kemenangan majoriti dua pertiga serta mengembalikan empat negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Malahan, perdana menteri juga menyatakan PRU kali ini adalah penting buat Umno dan BN, serta akan menentukan hala tuju negara selepas ini.

Najib menegaskan beliau memerlukan mandat menyakinkan daripada rakyat pada PRU 13 untuk melaksanakan perubahan-perubahan dalam Umno.

“Jika saya mahu mereformasikan parti, saya perlukan mandat daripada orang ramai.

“Tanpa mandat daripada pengundi, mana mungkin saya boleh mereformasikan parti?” kata beliau.

PRU-13 perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum April.

Dalam pilihan raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi majoriti dua pertiga BN dinafikan oleh PR.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.


sumber sini






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

sizzly7761 berkata...

Boleh blah la! Ngko tak sekolah ke Menteri weyy...memanglah pembangkang akan tentang projek pembangunan kalau ianya bertujuan kayakan kroni dan berlakunya rasuah sehingga kos rasuah ditanggung oleh rakyat! Buat projek kononya untuk rakyat, kemudian dapat komisyen, duit komisyen kemudian buat bayar beli 'apam berbulu'! Makcik dan pakcik UMNgok yang bodoh bolehlah ngko kelentong! Ini kalilah! ABU!