“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),”
KUALA LUMPUR 17 Disember: Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.
“Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.
“Dia (Rosmah) memang ‘muka tebal’, tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.
Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. ‘Samudera’ merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.
Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.
“Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?” soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang.
Dh namanya kabinet caca cerba, yg pegang pun bkn nya arif bidang masing2..sukati diorg jelah nak protokol tak protokol, tu yg kena ubah kerajaan cepat2!
MENJADI TRADISI MANA MANA TENTERA LAUT, MELANCAR DAN MENAMAKAN SEBUAH KAPAL DI RAJA, HANYA DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN. LAZIMNYA, PEREMPUAN ITU ADALAH ISTERI KEPADA KETUA NEGARA (PERMAISURI AGONG) ATAU ISTERI PERDANA MENTERI. ADA JUGA KETIKA MENTERI KABINET WANITA MELAKUKAN UPACARA TERSEBUT. TRADISI INI DIWARISI DARI ROYAL NAVY. ITU SEBAB MEREKA MERUJUK KAPAL SEBAGAI `SHE'DAN TRADISI INI DIANUTI TLDM SEHINGGA KINI. HARAP MAKLUM
3 respon:
mmg pun rosmah lebih sudu dari kuah.
Fauzi Rahman pun sama lebih sudu dari kuah. rasanya tak pernah jadi tentera tapi jadi PENGERUSI persatuan tentera pahang (peringkat PKR)

Catat Ulasan