Ahad, 23 Disember 2012

Gara-gara dua abang kandung rogol adik sendiri, teman lelaki dituduh bertanggungjawab

SIBU: Cubaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menuding jari ke arah teman lelakinya kononnya bertanggungjawab merogolnya sehingga melahirkan anak bagi menyembunyikan perbuatan keji dua abangnya gagal apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan tidak sepadan dengan lelaki berkenaan.

Ujian DNA yang dijalankan bagi menentukan siapa bapa kepada bayi lelaki terbabit yang diperoleh Selasa lalu menunjukkan ia tidak sepadan dengan sampel diambil daripada teman lelakinya berusia 17 tahun.






Berikutan itu, polis sekali lagi memanggil remaja berkenaan kelmarin dan selepas soal siasat, dia mengaku dirogol dua abangnya awal tahun ini.

Sumber berkata, pengakuan mangsa itu membawa kepada penahanan dua abangnya berusia 15 dan 17 tahun di rumah mereka di Lorong Laichee, di sini, kelmarin sebelum diarahkan menjalani ujian DNA.“

Remaja terbabit tinggal bersama bapa, dua abangnya serta seorang lagi adik lelakinya, manakala ibu mereka bekerja di Bintulu.

“Bapa mereka jarang berada di rumah kerana bekerja sebagai buruh di merata tempat di luar Sibu,” katanya.

Katanya, sebelum ini, remaja terbabit melahirkan anak pada September lalu cuba merahsiakan perbuatan dua abangnya.

“Remaja berkenaan ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Kuching, hari ini (semalam),” katanya.

PBO: ish ish ish .. abang sedap kedarah, orang lain kena getah .. ni mesti something wrong kat rumah. JANGAN TIRU AKSI INI. INGATLAH NERAKA ITU PANAS

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: