"Mereka berkata, jika kita mansuhkan tol, bagaimana kita hendak menyelenggara jambatan ini? Habis bagaimana pula dengan Jambatan Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan jambatan Kuala Terengganu yang boleh digunakan secara percuma?" soalnya.
"Kami telah membayar cukai kepada kerajaan (persekutuan). Mereka perlu menggunakannya untuk penyelenggaraan jambatan itu dan bukannya mengenakan kita bayaran tol, "katanya.
Zainulfaqar diiringi oleh timbalan ketua Hapus, Zul Fahmi Abu Bakar; ADUN Komtar, Ng Wei Aik dan ahli jawatankuasa PKR negeri, Syed Mikael Rizal Aidid.
Ahli Parlimen Jerai dan Mohd Firdaus Jaafar dari Kempen Anti-Saman Ekor (KASE), (tengah dalam foto) juga dilihat di perhimpunan tersebut, yang berlangsung antara jam 2.30 hingga 3 petang.
Zainulfaqar berkata keadaan itu adalah sama dengan tol lebuh raya Sungai Nyior, yang di bawah bidangkuasa persekutuan, di mana kerajaan negeri tidak boleh campurtangan untuk menghentikan bayaran tol.
Katanya, kempen untuk memansuhkan tol itu akan memberi tumpuan kepada usaha mendapat sokongan rakyat Pulau Pinang untuk menguatkan desakan penghapusan tol.
"Kami akan membuat temujanji dengan pihak berkuasa berkenaan selepas protes ini untuk menyuarakan permintaan kami," katanya, sambil menambah bahawa Hapus disokong oleh beberapa NGO dan parti-parti politik.
Selepas kumpulan itu bercakap kepada pemberita di situ, satu lagi kumpulan yang mendakwa sebagai wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang (PMPP) muncul dan berkata mereka menyokong agenda Hapus.
"Bagaimanapun, kita mahu kerajaan negeri memenuhi lima janji sebelum bercakap mengenai isu baru," kata jurucakap PMPP Salleh Ismail.
Kumpulan empat orang kemudian mula menjerit kepada Hapus, The group of menggesa Ng menjawab mengenai "janji-janji tersebut".
Bagaimanapun, ahli Hapuskan tidak menghiraukan kehadiran mereka dan Salleh menegur Ng kerana "melarikan diri".
Wakil Hapus kemudian terus memaparkan sepanduk anti-tol mereka, diikuti oleh Salleh dan kawan-kawannya.
Keadaan itu berakhir apabila ia mula hujan dan peserta protes itu beredar, dan perhimpunan berakhir secara aman tanpa sebarang konfrontasi yang tidak diingini.
PMPP sebelum ini menuduh kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang mendiskriminasi penjaja di sepanjang tempat tumpuan pelancong di Esplanade.
MPPP, bagaimanapun, menjelaskan bahawa penjaja berkenaan adalah "haram" dan bahawa tidak ada kawasan di situ untuk mereka berniaga, dan mereka diminta memohon lesen untuk berniaga di lokasi lain yang dibenarkan.
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan