Khamis, 29 November 2012

(UPDATE) Perwakilan Umno ditemui mati semasa perhimpunan Agong UMNO di bilik hotel

KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Umno Bahagian Padang Besar ditemui meninggal dunia di biliknya di sebuah hotel di sini awal pagi tadi.

Perwakilan itu, Wan Osman sepatutnya menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 sebagai pemerhati.

Jenazah kini masih di hotel dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

PBO: sama - sama kita sedekahkan fatihah untuk arwah. berita akan di update...

Dari sumber metro mengatakan jenazah telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

UPDATE DARI MALAYSIA KINI:

Seorang pemerhati Umno dari Padang Besar, Perlis tidak berkesempatan mendengar amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini, apabila meninggal dunia secara mengejut kerana sakit tua.

Wan Othman Yaakob, 60, anggota jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar yang berasal dari Kampung Alor Tampang, Jalan Bukit Keteri, Perlis, mengadu sesak nafas di lobi hotel penginapannya di Jalan Raja Laut pada pukul 6.30 pagi.

Allahyarham kemudian dibawa ke biliknya oleh rakannya sebelum rebah dan meninggal dunia, kata jurucakap hotel itu kepada Bernama.

Beliau berkata pihaknya kemudian menghubungi Hospital Kuala Lumpur yang menghantar sebuah ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan Wan Othman telahpun meninggal dunia.

Katanya Wan Othman dilaporkan sedang bersiap sedia untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mengikuti majlis perasmian perhimpunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Wan Othman pada pukul 7.45 pagi.

Beliau berkata anggota perubatan HKL mengesahkan Wan Othman meninggal dunia akibat sakit tua, dan jenazahnya dibawa pulang ke Perlis oleh keluarganya untuk dikebumikan.

Sementara itu, semasa majlis perasmian perhimpunan agung berkenaan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin memaklumkan kepada para perwakilan mengenai kematian Wan Othman dan perwakilan ke perhimpunan itu menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.

- Bernama





sumber sini



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

masa hidupnya mengapa dibiarkan dia bersekongkol dengan kemungkaran umno..??? Bial nak sedar..??? bila dah mati baru nak sedar ke...???

otaklunyai berkata...

Al-Fatihah, Alfatihah jugak lah... tapi nauzubillah mati ketika menyokong puak2 yg berkajon ikut perintah Allah tapi melakukan mungkar....

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah untuk arwah, mudah-mudahan sempat bertaubat sebelum ajalnya. Alhamdulillah untuk PR sbb kurang satu lagi undi BN.