Rabu, 28 November 2012

Bekas IGP Musa Hassan dedah kejelikan UMNO

Memang tak berapa nak sokong bekas IGP ini terutama apabila kes beliau dengan DSAI banyak juga ya dulu-dulu....

Tapi agak mengejutkan juga berita hari ini yang sudah pasti tidak tersiar di media arus perdana terutama TV3 mengenai dakwaan Musa Hassan bahawa Menteri Keselamatan DalamNegeri (KDN), campurtangan dengan memberi "arahan" pada pasukan itu.







Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan hari ini mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, Musa berkata Hishammuddin pernah memberi arahan terus kepada pegawai-
pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.

"Sudah tentu, saya tidak boleh biadap kepadanya kerana (beliau) seorang menteri. Saya memberitahunya dengan baik. Dia tak suka," kata Musa.

Beliau menjawab soalan media sama ada beliau pernah berdepan dengan halangan daripada Hishammuddin pada zamannya sebagai pegawai tertinggi pasukan polis negara. Musa bersara pada September 2010.

Sidang akhbar diadakan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), di mana Musa menjadi penaung dan penasihatnya.

Ditanya lagi sama ada Hishammuddin menunjukkan reaksi negatif, Musa menjawab: "Saya fikir begitulah. Itulah sebabnya (kontrak saya) tidak dilanjutkan."

Musa Hassan harus tampil dengan bukti, deddahkan semuanya. TapiBeranikah beliau? Mungkin juga tidak ...

Dia merungut kerana kontraknya tidak disambung, kalau disumbat dengan benda lain .. macam mana pula nadanya selepas ini?

Apapun terjah hari ini sedikit sebanyak lebih panas dari perhimpunan UMNO yang tak berapa nak panas hehehhehe


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: