Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa yang berseorangan didatangi seorang lelaki tempatan.
Lelaki itu kemudiannya terus meraba punggung dan kemaluan mangsa sebelum dia beredar.
Mangsa yang tidak menyedari kehadiran lelaki itu terus tergamam selepas merasakan dirinya diraba.
Lelaki itu bagaimanapun tidak melarikan diri sebaliknya berdiri di kawasan berhampiran dengan mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa kemudiannya merakam gambar lelaki itu sebelum menghubungi suaminya.
“Walaupun bertindak meraba mangsa, lelaki itu kemudiannya datang semula kepadanya dan terus memperkenalkan diri dengan alasan untuk berkenalan.
“Bagaimanapun, lelaki itu terus melarikan diri selepas mengetahui mangsa melaporkan kejadian itu kepada suaminya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
Chin Wah berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan polis bersama suaminya.
“Mangsa menyerahkan gambar lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.
Orang ramai yang terlihat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
sumber
0 respon:
Catat Ulasan