Selasa, 17 Julai 2012

Papagomo sedang atur strategi kaitkan Anwar dengan fitnah liwat 3?

PBO:

... hari ini papagomo dalam entry terbaru spin kata laporan itu akan menyusul. Semalam kata sudah dibuat. tak kira la dia dapat sumber mana pun. Yang pasti keluar dari mulut longkang papagomo.

PDRM menafikan setakat ini ada laporan. Kita tunggu. Papagomo tengah susun strategi untuk dapat duit lebih kot hehehehehe...







KUALA LUMPUR, 17 Julai — Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan masih belum ada sebarang laporan liwat dari seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah blog semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini, PDRM masih belum lagi menerima sebarang laporan mengenai pertuduhan liwat yang membabitkan ketua pembangkang itu.

"Setakat ini kami (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan.

"Terima kasih," jawabnya ringkas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Semalam sebuah blog yang dikaitkan dengan Umno melaporkan bahawa terdapatnya laporan polis oleh mahasiswa yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Pada 9 Januari 2012, mahkamah telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.
sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

sian papagomo,bt skrip yg sama jgk.tuduhan fitnah.saksi xder..tokeh wayang kna bayar besar punyer.

Bukit Gelugor Online berkata...

hehe..hebat..sumber blog pun depa guna pakai utk laporan polis...