Jumaat, 13 Julai 2012

(bongkar)Indeks Jenayah turun - 2 laporan ini bukti siapa yang tipu rakyat!?

Oleh Amin Iskandar
July 13, 2012
Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” — Foto oleh Amin Iskandar
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta
agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.








“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian
Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006
sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN)
mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah
menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga
tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas
seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,”
kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang
berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi
jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan
latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

sumber sini


mStar Online : Indeks Jenayah Turun 10.1 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Indeks jenayah negara turun 10.1 peratus antara Januari dan Mei, mencatatkan 63,221 kes berbanding 70,343 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengurangan Jenayah, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Eugene Teh Yee berkata walaupun sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah lima peratus tahun ini, statistik menunjukkan ia turun lebih dari dua kali ganda.

Indeks jenayah meliputi harta dan jenayah kekerasan.

Bagaimanapun jenayah jalanan yang merekodkan 43 peratus penurunan berbanding tempoh yang sama tahun lepas, adalah dua peratus kurang daripada sasaran kerajaan iaitu 45 peratus penurunan, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Jenayah ragut, rompakan dan rompakan berkumpulan tanpa senjata api dikelaskan di bawah kategori jenayah jalanan. Katanya indeks jenayah pada tahun lepas juga menurun 11.1 peratus, berbanding tahun sebelumnya, iaitu pada 2010 ia merekodkan 177,520 kes berbanding 157,891 kes pada tahun lepas.

"Jenayah jalanan juga menyaksikan penurunan jelas dengan 38,030 kes dilaporkan pada 2009, menurun 39.7 peratus iaitu 22,929 tahun lepas," katanya.

Teh berkata penurunan kadar jenayah di negara ini adalah hasil inisiatif yang diambil di bawah NKRA bagi mengurangkan jenayah yang antara lain, menyaksikan peningkatan kehadiran polis di kawasan-kawasan panas yang dikenal pasti di bawah program Omnipresence dengan 27,000 anggota polis dikerah di seluruh negara tahun lepas, bersama Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Ini juga susulan program kerjasama dengan persatuan penduduk, kejiranan berkawal dan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan Rukun Tetangga di mana 30,000 anggota telah berdaftar dengan polis, sukarela untuk membantu rondaan malam, katanya.

Beliau berkata siri program peningkatan barisan hadapan telah dilaksanakan dengan pihak polis, seperti penempatan mesin penarafan di kaunter siasatan untuk menilai pegawai penyiasat, mempunyai video latihan dalaman dan pelancaran perkhidmatan triaj untuk mangsa sensitif dan jenayah sensitif.

"Matlamat kita adalah untuk mencapai Polis Kelas Dunia menjelang 2020 bagi Malaysia memandangkan kita berharap untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada masa itu...kita berusaha untuk menyediakan Keselamatan Bertaraf Dunia dan infrastruktur keselamatan, keupayaan, dan amalan kepolisan," katanya.


sumber sini


PBO: satu berani "cuci dosa" lepas bersara, satu tak habis2 bodohkan rakyat untuk menang pilihanraya. Ayuh tumbangkan UMNO pada PRU13!




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: