Mahkamah membenarkan permohonan awal peguam, Karpal Singh untuk memberhentikan prosiding kes atas dakwaan memfitnah.
Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Guan Eng memberitahu, mahkamah membatalkan saman tersebut dengan kos kerana tidak mempunyai hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk meneruskan dakwaan.
Menurut beliau, perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Zainal Abidin memfailkan saman malu pada 24 Oktober 2011 terhadap Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di negeri itu.
Selain Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan serta Ketua Penyuntingnya, Fazallah Pit.
Hadir sama di mahkamah, Wan Azizah; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Peguam Latheefa Koya dan Fazallah.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.
Zainal Abidin berkata, kenyataan Guan Eng itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, 1 Julai lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31400
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan