Rabu, 13 Jun 2012

Tengok ni cara UMNO alih isu Scorpene

KUALA LUMPUR 12 Jun: Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan semua akaunnya bagi menjawab dakwaan Ketua Umum KEADILAN itu mempunyai 20 akaun rahsia berjumlah RM3 bilion dilihat melucukan.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan Muhyiddin benar-benar sudah kekeringan idea sehingga terpaksa mengungkit isu lama yang telah ditutup sebagai modal politik.








Katanya, jika benar Anwar mempunyai akaun itu tentulah Dr Mahathir Mohamad tidak perlu bersusah payah membicarakan musuh politiknya atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

“Kes ini telah disiasat oleh BPR (Badan Pencegah Rasuah kini Suruhan jaya Pencegahan Rasuah Malaysia) 13 tahun lalu dan terbukti ia tidak berlaku. Kalau benar akaun itu wujud, sangat mudah Dr Mahathir menjatuhkan Anwar pada 1998. Tetapi Anwar tidak didakwa atas tuduhan ini sebaliknya tuduhan lain yang sukar dibuktikan,” ujarnya.

Tegas Sivarasa, gesaan itu dibuat semata-mata untuk mengalihkan isu skandal Scorpene melibatkan Datuk Seri Najib Razak, Razak Baginda serta beberapa menteri kanan BN yang sedang dibicarakan di Perancis.

“Untuk meluluskan pembelian kapal selam melibatkan dana berbilion ringgit, ia perlu diputuskan oleh Perdana Menteri. Siapakah Perdana Menteri ketika kontrak ditandatangani pada 2002?

“Sudah tentu Dr Mahathir, Najib dan beberapa orang kanan kerajaan BN ketika itu sedang kepanasan sekarang. Jadi mereka gunakan isu-isu recycle untuk mengalih tumpuan rakyat,” bidasnya.

http://www.keadilandaily.com/akaun-rahsia-anwar-taktik-bn-alih-isu-skandal-scorpene/




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: