Selasa, 22 Mei 2012

Apa motif bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden sertai pasukan pembelaan Anwar?

KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden telah ‘kembali ke pangkal jalan’ apabila mengetuai kumpulan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.








“Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.

Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan talifon daripada Anwar.

Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.

Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.

“Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin,” katanya.


PBO:

saya teringat situasi di Perak sehingga tumbangnya kerajaan PR dek "mainan" katak-katak puru. Bukan berprasangka buruk .. namun sikap hati2 perlu ada pada PR. Jangan pisang berbuah dua kali.

Apapun syabas kepada Datuk Yusof Zainal Abiden, kehadiran beliau sudah cukup membuat tempeleng panas bercili pada tubuh UMNO!
sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ada hantu dicelah batu berhati hati jangan nanti telor pecah dua kali pakatan kena sentiasa berwaspada dgn jembalang dlm kain.

madbi berkata...

nanti bila dah dekat nak hujungperbicaraan dan nampak anwar dah nak terlepas bebas maka dia akan kena sakit buasirla, rumbuh kurapla,bisulla dan macam2 penyakit datang supaya menarik diri dari pasukan pembelaan lalu masuk ke kumpulak pembelotan..... kalau dulu dah buat duit tak mustahil ianya akan berulang!!!