Isnin, 6 Februari 2012

Laporan polis terhadap CEO Maybank

Maybank memecat Naib Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen sebagai kakitangan bank terbabit mendapat bantahan meluas anggota kesatuan berkenaan.

Malah, Pengerusi NUBE Cawangan Kelantan, Mohd Azhar Yusoff membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Berhad, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar di atas tindakan tersebut.








Laporan polis juga dibuat terhadap Ketua Kumpulan Modal Insan Maybank, Nora Abd Manaf dan Ketua Perhubungan Perusahaan Maybank, Looi Heong Meng. Turut dipecat Maybank Bendahari Kehormat NUBE, Chen Ka Faat.



Mohd Azhar berkata, laporan polis dibuat kerana pemecatan kedua-dua Exco NUBE tersebut bersalahan dengan Seksyen 59(1) (d) dan (e) Akta Pehubungan Perusahaan.



“Ini kerana alasan pemecatan kedua-dua pimpinan NUBE amat tidak munasabah, ia dikatakan berpunca tindakan mereka mewakili NUBE memegang sepanduk di luar bangunan PBB dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa di Geneva Jun 2011.



“Sepanduk itu antara lain bertulis "Maybank robs poor Malaysian workers (Maybank merompak pekerja miskin Di Malaysia),” katanya selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pjabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.



Sehubungan itu kata Mohd Azhar NUBE mengambil langkah membuat laporan polis di setiap cawangan bermula hari ini.



Beliau berkata, NUBE tidak lagi boleh berurusan dengan Maybank Berhad setelah banyak perkara yang didedahkan berkaitan penindasan pengurusan bank itu terhadap ahli NUBE.



“NUBE mengisytiharkan ‘perang’ terhadap Maybank. Ini merupakan satu tindakan perusahaan dibenarkan oleh Akta,” ujar beliau.

PBO: kadang2 bila kita berada tinggi .. kita lupa tengok di bawah. Dan siapa tahu kerana terlalu tinggi nanti jatuh parah menghempas bumi. Baru kau tahu langit tu tinggi rendah ..

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: