Ahad, 5 Februari 2012

Henti subsidi gula guna alasan kesihatan

SHAH ALAM, 4 Feb — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa peningkatan kos bagi penjagaan kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula mungkin akan mendesak kerajaan memansuhkan subsidi terhadap barangan keperluan komoditi tersebut untuk jangka masa panjang.

Kerajaan baru-baru ini menerima kecaman hebat akibat meningkatkan kadar subsidi kepada RM567 juta tahun ini daripada RM262 juta sebelumnya selepas menandatangani perjanjian jangka panjang pembekalan gula pada harga mati USD26 (RM78.20) setiap seratus paun bulan lalu walaupun harga pasaran global gula hanya pada USD23 (RM69).








"Mungkin akan ada keperluan untuk itu," jelas Timbalan Perdana Menteri, merujuk kepada dakwaan Persatuan Pengguna Penang (CAP) bahawa kos penjagaan kesihatan berkaitan gula seperti diabetes berkaitan dengan pemberian subsidi tersebut.

"Bagi jangka masa panjang, kita akan lihat sama ada terdapatnya keperluan untuk mengurangkan kadar subsidi gula dan menyalurkannya ke sektor lain."

CAP telah mengutarakan bahawa rakyat Malaysia akan mengambil 26 sudu teh gula setiap hari termasuk pemanis tambahan - menjadi punca kepada penyakit kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoperosis, dan masalah ginjal, serta asma termasuklah alergik.

CAP turut berkata, kebarangkalian diabetes di Malaysia telah meningkat kepada 2 peratus pada 196+ kepada 14.9 peratus pada 2006, atau seramai 4.2 juta pesakit.

"Dengan menjual gula pada harga pasaran, kerajaan sebenarnya mendapat kadar penjimatan lebih dari RM567 juta kerana kerajaan sebenarnya akan menjimatkan jutaan ringgit terhadap kos penjagaan kesihatan kerana tidak perlu membayar untuk penyakit berkaitan gula," jelas Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam
satu kenyataan awal minggu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob minggu lalu berkata subsidi gula melonjak daripada 20 sen kepada
54 sen sekilogram bagi mengekalkan pada harga RM2.30 ekoran "kenaikan mendadak pasaran gula global."

Namun begitu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua menjelaskan selepas mencecah harga USD29.47 (RM89.66) seratus paun pada Julai 2011, harga gula telah jatuh setiap bulan kepada USD23.42 pada Disember, penurunan 20.5 sen.

Ismail semalam menjelaskan Malaysia akan mendapat manfaatnya sekira harga gula meningkat.

Muhyiddin turut berkata sebagai menteri perdagangan, "perkara yang mencabar adalah untuk menentukan harga."

"Kamu boleh berbincang mengenainya, tapi sejam kemudian harganya akan berubah, permintaan akan meningkat dan harga akan melambung tinggi," jelas Ahli Parlimen Pagoh ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menambah, perkembangan terbaru menunjukkan kos subsidi Putrajaya akan meningkat kepada RM33 billion tahun ini dengan
RM17 billion sahaja diberikan kepada petrol.

sumber






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

[O] X berkata...

Siapa pengguna terbesar Gula di Malaysia?
Pengilang atau Isi rumah?

Tanpa Nama berkata...

satu alasan yang paling BODO oleh menteri 1Malaysia......
jangan la nak menipu dan memperbodohkan rakyat.... rakyat dah cerdik bukan buta kayu macam orang-orang UMNO.....

Tanpa Nama berkata...

statement mcm gampanggg...bodoh x boleh di ajar.. ingat rakyat mcm lembu kondo ke?? dulu boleh la menteri nak kelentong rakyat....skrg tidak lagi...rakyat dh sedar sandiwara UBN...