Ahad, 29 Januari 2012

SBPA: Najib kata 3 bulan ... CUEPACS pula ancam tarik diri

GEORGETOWN 27 JAN : Tidak puas hati dengan jumlah 'panel khas' dalam menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengancam akan menarik diri daripada menganggotai pasukan petugas itu.








Memetik laporan Bernama, Presidennya, Datuk Omar Osman mahukan tiga lagi wakil yangdapat menemaninya dalam mesyuarat itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya.

"Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya sambil menambah Cuepacs akan memberi penerangan kepada penjawat awam dalam siri jelajah April nanti.

Pada masa sekarang beliau menasihatkan semua penjawat awam supaya bersabar sehingga semuanya selesai.

SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakanpersatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepadakerajaan.


sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kenapa cuepac tidak boleh bersabar dalam perbincangan. dah nakjadi tunggul kayu ker? cuepac ni pun satu hal. buat kerja tak teliti jugak.