Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.
Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.
Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.
Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.
Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.
Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.
Beliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.
Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.
- Bernama
sumber
0 respon:
Catat Ulasan