Khamis, 10 November 2011

Tiket perlawanan Liga Super di Stadium Perak mungkin naik

IPOH 10 Nov. – Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) bercadang menaikkan harga tiket perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak musim depan bagi menampung kos pengurusan yang meningkat.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, kenaikan yang sedang dipertimbangkan adalah sebanyak 20 peratus bagi semua tempat duduk.









Penyokong pasukan Seladang dan peminat lain kini membayar RM8 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 bagi tempat duduk berbumbung.

Abdul Aziz berkata, kenaikan itu tidak dapat dielak kerana kos pengurusan pasukan dijangka meningkat termasuk dengan kehadiran pemain-pemain import bagi musim depan.

"Tindakan menaikkan harga tiket itu selaras dengan kenaikan harga tiket di beberapa negeri lain dan ia turut melibatkan pemegang kad semusim yang akan ditawarkan bagi musim kedua.

“Namun begitu, kenaikan ini masih rendah berbanding kenaikan sehingga 50 peratus di beberapa negeri lain,” katanya. – Bernama


sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: