Rabu, 16 November 2011

Siasatan SUHAKAM: Mat Sabu akui dia dilanggar polis

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, semalam memberi keterangan dalam pendengaran awam, mengakui berada di Kuala Lumpur kerana me nyertai perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.








Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Zuhur, motosikal yang diboncengnya dilanggar oleh sebuah kereta Waja polis di Jalan Travers.

Memberi penjelasan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau terjatuh dan mengalami kecederaan selepas dilanggar.
“Lutut kanan saya terkena lampu depan kereta itu yang datang dari arah bertentangan menyebabkan saya jatuh terlentang,” katanya yang mengakui memakai kemeja-t berwarna putih dan berseluar hitam sewaktu ditangkap polis.

Mohamad diarahkan untuk melukis kejadian kemalangan tersebut ketika memberi penerangan dalam siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai lalu.

Mohamad berkata, beliau mendapatkan rawatan di lokap Balai Polis Jinjang dan kemudian dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

“Selepas membuat pemeriksaan x-ray dan diberikan ubat, saya dibawa semula ke lokap dalam keadaan dipapah.

“Saya tidak membantah arahan itu kerana menghormati profesion doktor dan dibebaskan jam 11 malam.

“Pada 11 Julai, saya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan terpaksa menjalani pembedahan pada 15 Julai,” katanya.

Bagi menjawab pertanyaan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi A Majid mengenai penggunaan perkataan berlanggar, melanggar dan dilanggar yang disebut beberapa kali oleh Mohamad dalam keterangannya, Mohamad menegaskan beliau dan penunggang motosikalnya, Hanifah Maidin dilanggar oleh kereta Waja.

Ketika ditanya wakil Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komi­sioner, Jamaludin Abdul Rahman mengenai beliau yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur pada 9 Julai, Mohamad menegaskan tidak menerima sebarang notis daripada Mahkamah Tinggi mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak mengetahuinya dan tidak mendapat surat hitam putih tetapi membaca mengenai perkara itu melalui media,” katanya. --SH--




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: