Peneroka berkenaan menyaman Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM7.35 juta kerana gagal memberi penyata hasil dan bayaran sewajarnya ke atas hasil ladang mereka.
Peneroka dalam Writ Saman itu menuntut hak mereka iaitu bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000.00 setiap orang yang tidak dibayar oleh Felda untuk tempoh selama 5 tahun, seperti yang dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.
Tuntutan mereka berdasarkan fakta bahawa hasil sawit yang diperolehi oleh Felda dari ladang-ladang mereka adalah lebih tinggi, ditambah dengan harga sawit yang baik dan stabil.
Menurut writ saman berkenaan, Felda bagaimanapun tidak pernah menyatakan dalam mana-mana penyata perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang peneroka.
Sementara itu, tuntutan terhadap Felda Technoplant pula berdasarkan kegagalan untuk mengurus ladang-ladang milik peneroka dengan baik dan mengeluarkan hasil yang maksimun.
“Terdapat banyak ladang-ladang milik Plaintif-plaintif yang terbiar tanpa diurus dan diselenggara dengan baik oleh Defendan Kedua sedangkan setiap bulan terdapat jumlah kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang Plaintif-plaintif,” ujar writ saman berkenaan.
Sebagai bukti tuntutan tersebut Plaintif-plaintif telah memohon untuk mengusahakan sendiri ladang-ladang mereka dan ternyata hasil sawit yang diperolehi adalah sekitar 5 hingga 8 tan setiap peneroka untuk sebulan dan pendapatan yang diperolehi juga sekitar RM4000-RM7000 sebulan.
Sedangkan semasa Felda menguruskan ladang mereka hanya sekali atau dua kali bayaran lebihan hasil dibuat bagi jumlah yang kecil untuk tempoh 5 tahun hasil dikeluarkan.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan