Laporan Ketua Audit Negara 2010 baru-baru ini mendedahkan pengurusan perolehan bagi peralatan Jabatan Rehabilitasi Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, adalah tidak teratur apabila bayaran bagi perolehan tahun 2007 dibuat sebelum peralatan diterima.
"Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220," kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan 'Next Generation Communication System' (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi KKM.
Menurut Kamarul Zaman, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Okt 2011 berhubung denda berkenaan.
Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan serta tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institut.
Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan. - BERNAMA
PBO:
macam mana pula dengan ikan jerung yang dikira "cuai" dalam menguruskan kewangan negara seperti dalam audit? Takkan nak pekena ikan bilis saja ....
0 respon:
Catat Ulasan