Selasa, 15 November 2011

Edisi Kantoi: 180 keluar PKR adalah pembohongan

PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian menegaskan tidak wujud 180 ahli (PKR) ke-luar parti seperti diumumkan bekas naibnya, Suhaimi Saari.

Menurutnya, setakat ini melalui semakan dilakukan hanya dua orang termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.









“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak tahu tentang agenda program itu yang mahu peserta hadir untuk keluar parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pihaknya mengetahui sebanyak tiga bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah, namun bila tiba di sana segala berubah selepas ia dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam Cabang PJS, beliau berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia tidak mempunyai sebarang urusan dengan PKR,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen PJS mendakwa naibnya itu kini sudah dibayar Barisan Nasional (BN) untuk mengerakkan program belia di Selangor.

Katanya, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas Naib Cabang PKR PJS, Suhaimi Saari bahawa 180 ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan
borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian PJS, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program di Bentong, semalam.





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: