SHAH ALAM – Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam tadi dicemari dengan penyebaran risalah secara haram bertajuk ‘Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?’ yang diedarkan ketika berlangsungnya perhimpunan.
Risalah sepuluh halaman bercetak itu mendakwa, tiga individu bertindak sebagai dalang untuk memurtadkan umat Islam di Selangor melibatkan peneraju Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Perhimpunan tergendala sebentar dan pihak penganjur memberi amaran kepada pihak yang bertindak mengedar risalah itu berhenti daripada menimbulkan provokasi dan bagaimanapun pengedar risalah itu gagal ditahan.
Pengerusi Bersama Himpun, Dr Yusri Mohamad berkata, walaupun tidak mengetahui siapa mengedarkan risalah itu, ia perlu disiasat bagi memastikan kebenaran dakwaan di dalam kandungannya.
“Sekiranya gambar dipaparkan mengenai gerakan memurtadkan umat Islam di Selangor didalangi individu seperti disebutkan dalam risalah itu, ia akan mengukuhkan bukti bahawa gerakan ini benar-benar wujud.
“Saya berpendapat, pihak bertanggungjawab akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan ini, sekiranya individu berkenaan terlibat, ada peruntukan undang-undang diambil, dia perlu didakwa,” katanya. - SH Online
1 respon:
salah ker kalau kita menyebarkan dalang dalam kes cubaan memertadkan orang islam di gereja DUMC tempoh hari .???
Takkan kita nak senyap dan melindungi pihak yang cuba memesongkan akidah umat islam ni ??
Harap tuan dapat jelaskan , saya keliru.
Catat Ulasan