5.30 petang: Wakil ISMA, abdullah zaid abd rahman memberi pidato dengan menekankan supaya org Islam harus mengigati amanah nenek moyang yang telah berpegang kpd Islam.
5.20 petang: Ketua Perkasa Selangor, memberi ucapan beliau mengenai institusi Raja Melayu dan agama Islam.
5.05 petang: Bekas Naib chancelor UiTM, Tan Sri Ibrahim Shah menyampaikan ucapan beliau mengenai gejala murtad di negara ini.
4.45 petang: Wakil Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menjadi pemidato keempat.
4.15 petang: Bekas Paderi Kristian dari Sabah, Farhan Abdullah menyampaikan ucapan dan pengalaman beliau dalam isu murtad.
4.05 petang: Wakil pemidato Wanita yang juga penulis novel, Natrah, Datin Fatini Yaacob menyampaikan ucapannya mengenai isu murtad
3.45 petang: Ahli akademik, Dr Azhar Yakub menjadi pemidato kedua berucap.
3.30 petang: Pengerusi Bersama Himpun, Dr Mohd Yusri Mohamad menyampaikan ucapan kepada hadirin.
3.05 petang: Beberapa peserta Himpun dilihat membakar risalah provokasi sebagai tanda protes.
3 petang: Orang ramai mula membanjiri stadium Shah Alam untuk menyertai perhimpunan.
2.45 petang: Pengerusi majlis, Badrul Sani Baharuddin membuat ucapan untuk menyampaikan rasa kesal dan marah kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan risalah berunsur provokasi kepada peserta Himpun.
2.15 petang: Nyanyian lagu nasyid mula dipersembahkan di dalam stadium. Antara kumpulan nasyid yang membuat persembahan adalah Rabbani dan Hijjaz.
2.10 petang: Orang ramai mula membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyertai perhimpunan.
2 petang: Kira-kira 20 buah bas tiba di Stadium Shah Alam dengan peserta Himpunan Sejuta Ummah.
1.55 petang: Hampir seribu orang yang memakai kemeja T putih dilihat berarak dari Menara Puncak Niaga menuju ke Stadium Shah Alam.
MStar Online
Kemudian PBO petik dari Berita Harian....
Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran
SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan
dingin berdasarkan kehadiran hari ini.
Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan
pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.
PBO: soalan cepu emas, agak2 berapa keahlian PERKASA?
0 respon:
Catat Ulasan