KUALA LUMPUR 20 Okt: Jaminan Perdana menteri untuk melakukan tranformasi dan liberalisasi ekonomi hanya janji kosong apabila syarikat yang mempunyai kaitan
dengan Umno terus menerima kontrak bernilai jutaan ringgit.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution merujuk penganugerahan tender bagi kontrak pembinaan Hospital wanita dan kanak-kanak kepada syarikat kurang
dikenali, Najcom Sdn Bhd dan rakan kongsinya, UEM Group Berhad.
Menurut Saifuddin, pembinaan hospital itu dijangka mencecah kos antara RM700 juta hingga 900 juta yang turut dimasukkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentang
7 Oktober lalu.
“Najcom Sdn Bhd sebuah syarikat berasal dari Pulau Pinang itu merupakan kepunyaaan individu yang rapat dan berhubungan dengan Barisan Nasional.
“Projek terbesarnya setakat ini ialah Institut Farmaseutikal Dan Nutraseutikal Malaysia di USM berharga RM80 juta, dianugerahkan pada 2008,” kata Saifuddin
dalam satu kenyataan media.
0 respon:
Catat Ulasan