Isnin, 31 Oktober 2011

HOT: Mahasiswa UKM menang kes rayuan terhadap akta AUKU

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu.








Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.

Seksyen berkenaan melarang pelajar universiti melakukan apa saja yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau bangkangan terhadap parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai lalu yang mendapati mereka tidak bersalah.

Mereka kemudian memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15(5)(a) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut mereka Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan warga negara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dan itu adalah penzahiran dan pembabitan dalam politik.

sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

zul berkata...

Syukur kpd Allah dan tahniah kpd kalian krn tlh meneruskan perjuangan kami sejak sekian lamanya. Antom telah Allah limpahkan keberanian, ruang, luang dan peluang utk menutup ruang UMNO/BN gunakan AUKU utk membodohkan dan menglembukan mahasiswa walaupun pembabitan mahasiswa dalam aktiviti yg ada undang-undang tersendiri dalam masyarakat adalah sebahagian drp proses mendewasakan kemahasiswaan itu sendiri !!