Justeru itu, sedia maklum bahawa kegagalan membuat bayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada Pihak Mahkamah dengan syarat hutang mestilah melebihi RM 30,000 keatas.
Persolannnya sekarang ialah mereka yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar – bandar besar.
Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara – gara kos sara hidup yang terlalu tinggi.
Golongan anak muda yang berbelanja secara membazir bolehlah dianggap segelintir sahaja. Bukan semuanya 45,000 anak muda suka membazir.
Harus diingat, rata – rata yang membuat pinjaman bukan untuk keseronakan semata – mata, malahan ada juga sebilangan anak muda yang membuat pinjaman sekadar untuk meneruskan hidup di Bandar – Bandar Besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Dan Pulau Pinang dimana gaji terlalu rendah atau sederhana.
Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan.
Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.
Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Bagi pasangan yang bekerja pula, mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak – Kanak.
Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos.Belum lagi menyentuh pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi.
Sepatutnya belanjawan 2012, Kerajaan UMNO/BN perlu menekan peruntukan kepada golongan – golongan asnaf bandar. Seperti mana pada tahun 2010 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik pernah mengeluarkan kenyataan pada media – media bahawa masyarat di bandar – bandar pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan diisytiharkan sebagai Miskin Bandar.
Sudah sampai masanya anak muda harus menilai tawaran Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat berbanding dengan kerajaan yang ada sekarang pimpinan UMNO/BN.
Belanjawan yang di bentangkan oleh PM Datuk Seri Najib baru-baru ini hanyalah sekadar mengaburi mata rakyat dalam jangka masa pendek semata – mata untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13.
Oleh yang demikian, anak – anak muda perlu bangkit sekarang daripada terus ditindas oleh Kerajaan UMNO/BN. Anak muda lah yang akan dapat mengubah struktur landskap politik Malaysia.
Ahmad Firdaus Ali
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang (LPAS DPPN PNG)
sumber sini
0 respon:
Catat Ulasan