Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan. Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu. Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir:
"Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian. Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal. Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot. Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain. Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman. Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu."
Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman(sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau.
Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu. Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu. Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat. Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar:"Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal." Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka,kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan!
Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk!
Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir.
baca lagi di sini
0 respon:
Catat Ulasan