“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.
Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.
“Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan,” tegas beliau.
Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.
“Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.
Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.
Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.
sumber klik sini
1 respon:
sprm polis spr mahkamah semua telah dimanipulasi umno
mereka terlupa pada audit negara yg banyak dedah penyelewengan umno.
telah diduga lepas ni audit dan laporan audit pun akan dimanipulasi.
samada disorok atau diubahsuai fakta2 dlm nya.
ketika itu nnti semaklah samada ketua pengarahnya seorg ahli umno atau tidak
Catat Ulasan