Selasa, 23 Ogos 2011

Wahai UMNO, subsidi rakyat atau projek mega?

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — PAS mahu kerajaan terus menghulurkan subsidi agar rakyat dapat berhadapan dengan kesan kenaikan harga global.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak perlu memotong subsidi sekiranya ia dapat menguruskan pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan dengan baik.






Katanya, membantu rakyat menerusi subsidi adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan oleh itu, tindakan mengurangkan subsidi akan menyebabkan kesan ke atas Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum nanti.

“Ini tanggungjawab sosial kerajaan... subsidi kesihatan, makanan, pendidikan. Ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan seharusnya digunakan untuk subsidi,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Meskipun harga global mengalami kenaikan, kerajaan masih boleh terus memberi subsidi jika ia pandai,” katanya lagi.

Mahfuz (gambar) berkata, kempen antikenaikan harga barang atau Protes BN yang dilancarkan kelmarin bertujuan mengetengahkan tindakan kerajaan yang membelanjakan sewenang-wenangnya ke atas projek mega berbanding usaha membantu rakyat.

“Bagaimana anda boleh mengurangkan subsidi bagi makanan dan barang-barang keperluan lain? Subsidi adalah cara yang baik untuk mengagihkan kekayaan di kalangan rakyat.

“Wang dibazirkan menerusi perbelanjaan projek keterlaluan, sebaliknya ia harus digunakan untuk subsidi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan BN tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN.

sumber klik sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: