Khamis, 25 Ogos 2011

PAS akan saman Felcra besar-besaran

PAS sedang merancang menyaman Felcra secara besar-besaran kerana didakwa mengagihkan jumlah dividen yang tidak masuk akal kepada penerokanya.

Pengerusi lajnah tanah dan pembangunan Wilayah parti Islam itu Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat peneroka yang hanya mendapat RM200 sahaja untuk tempoh tiga bulan.






"Jumlah ini terlalu rendah dan tidak masuk akal. Biasanya kalau 5 ekar tanah, boleh dapat keuntungan RM2,000 sebulan," katanya.

Felcra membayar dividen - pendapatan yang ditolak kos perladangan - kepada penerokanya empat kali setahun atau setiap tiga bulan.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, aduan yang sama diterima daripada enam negeri dengan kes yang paling banyak di Perak.

Jumlah peneroka yang akan tampil ke mahkamah bagi tujuan itu tidak didedahkan buat masa ini.

"Kita jangkakan saman itu akan dibuat selepas raya ini," katanya lagi.

'Koperasi tak daftar'

Menurut Mazlan, saman itu akan menjadikan kes Mohamad Ramli Sanji lawan Felcra yang menyaksikan peneroka di Perak itu menang dalam samannya dua minggu lalu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mazlan mendakwa masalah pengurusan Felda berpunca apabila peneroka tidak dimaklumkan jumlah pendapatan peribadi mereka.

"Peserta tidak tahu jumlah pendapatan mereka sebab dikira secara lump sum (dicampur semua sekali).

"Contohnya dia umum pendapatan (semua peneroka) RM200,000, tanpa memaklumkan mengikut tan (diperoleh peneroka)," kata Mazlan.

Beliau juga mengkritik pemberian kuasa yang besar kepada Koperasi Felcra bagi menjalankan urusan itu sehingga kuasanya didakwa "lebih besar daripada ibu pejabat Felcra" sendiri.

"Koperasi Felcra ini lagi pun tidak didaftar. Jadi ia tidak diaudit dan tidak ada siapa hendak semak," dakwanya sambil memberitahu fakta itu diketahui hasil maklumat yang diberitahu mahkamah dalam perbicaraan Mohamad Ramly.

Mazlan mengesyaki, kegagalan Felcra membayar dividen tinggi kepada peneroka ekoran pengurusannya yang didakwa membelanjakan wang secara tidak sepatutnya dan tidak hanya urusan berkaitan pengurusan ladang.

Perkara itu, dakwanya, termasuk perbelanjaan lawatan pegawai Felcra ke pelbagai tempat dan acara sambutan pihak kenamaan yang memakan belanja besar.

PBO:

Ini cara nak bantgu melayu? memang haprak!!
sumber klik sini


Selepas Felda, PAS gerakkan siri saman ke atas FELCRA


1KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ PAS akan menggerakkan saman besar-besaran terhadap Felcra selepas sambutan Aidilfitri berhubung kepincangan dalam agensi itu terutama melibatkan bayaran dividen yang dibuat melalui koperasi.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat Mazlan Aliman (gambar) berkata, kepincangan dan penyelewengan membabitkan pengurusan Felcra lebih teruk daripada Felda.

Jelas beliau, terdapat satu kes di Perak di mana peneroka berjaya mendapat perisytiharan mahkamah bahawa bayaran pendapatan melalui koperasi dibuat tanpa mendedahkan jumlah hasil yang diterima.

“Saman besar-besaran ini akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan ia adalah rentetan daripada siri saman sebelum ini yang kita telah buat ke atas Felda dan dalam isu Felcra kita lihat salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Felcra jauh lebih buruk dariapda kepincangan yang berlaku dalam Felda.

“Di Felcra pendapatan peneroka dibayar dengan dividen melalui koperasi, dalam setahun peneroka akan dapat pembayaran sebanyak empat kali dan apa yang jadi isu adalah kiraan (pembayaran) itu tidak dibuat ikut jumlah tan... masalahnya peserta tidak tahu apa jumlah tan mereka dapat kerana pendapatan mereka dibayar secara langsung tanpa didedahkan jumlah tan sebenar,” katanya pada sidang media di sini.

Kempen itu akan digerakkan Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) ─ pertubuhan bukan kerajaan yang khusus ditubuhkan oleh PAS.

Kata Mazlan, pendapatan yang diterima peneroka Felcra jauh lebih rendah daripada angka sebenar.

“Kita lihat kes saman di Perak, waris peserta Felcra tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diterima hasil daripada lima ekar tanah, biasanya dalam lima ekar dia boleh dapat antara tiga hingga empat tan dan ia sepatutnya mencecah kira-kira RM1,800 ke atas tapi apa yang berlaku dia hanya dapat RM200 sebulan.

“Kalau satu tan harga boleh dapat RM600 lebih macam mana dia hanya dapat RM200 sebulan? Jumlah yang dia dapat terlalu rendah dan mahkamah telah putuskan bahawa memang berlaku penipuan dan penyelewengan terhadap pendapatan para peserta Felcra, apa yang mereka dapat terlalu rendah dan tidak tidak masuk akal,” katanya.

Justeru jelas beliau, bayaran pendapatan peneroka melalui koperasi perlu dihentikan kerana ia mengetepikan hak yang sepatutnya.

“Ini satu amalan yang sangat tidak beretika, kita telah meneliti kepincangan selain turut mengadakan perjumpaan dengan panel guaman kita dan berdasarkan kes yang sama, kita telah menerima beberapa aduan daripada peneroka Felcra termasuk dari Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

“Dan, panel kita akan mengkaji secara terperinci mengikut kes ini dan kita akan failkan selepas raya nanti,” katanya.

Bagaimanapun Mazlan berkata koperasi boleh bertindak sebagai “orang tengah” untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengurusan sahaja bukan pendapatan peneroka.

“Koperasi boleh jadi orang tengah untuk penjualan hasil, koperasi tidak boleh mengawal, bila mengawal berlaku kepincangan dan amalan pembayaran dividen harus dihentikan kerana peneroka sepatutnya dapat hak yang telah mereka usahakan,” katanya.

PAS juga telah menubuhkan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan warga peneroka di Felda.

Bapa dipengerusikan Razman Zakaria manakala Anak oleh Mazlan, yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pu

sumber klik sini





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

JAKA berkata...

teruskan mazlan dgn perjuangan suci anda.

kita jatuhkan lintah2 darat yg sekongkol dgn pemimpin yg khianat untuk men KUNTA KINTE kan rakyat marhaen.

mereka itu tidak ada lagi hati dan perasaan kemanusiaan. hati mereka dipenuhi najis nafsu serakah yg menghisap darah dan keringat rakyat bawahan.

semuga Allah bersama perjuangan anda.