McDonald disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan diikuti pemeriksaan balas oleh Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwa.
Semalam, Pakar Patologi Forensik, juga dari negara berkenaan memberi keterangan ketika disoal balas pendakwaraya. Antara lain, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa borang proforma yang diisi oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.
Beliau juga menyatakan terdapat percanggahan antara borang proforma dan laporan perubatan HKL.
Manakala sampel air mani yang telah disimpan selama lebih 90 jam sebelum dibawa ke makmal untuk dianalisa, tidak akan menghasilkan keputusan yang memuaskan.
Beliau mengatakan keputusan makmal yang baik akan diperoleh hanya antara 36 jam hingga 48 jam.
Dr Wells juga mengaku terdapat kemungkinan sampel mani yang diambil dari tubuh Saiful tercemar sebelum dianalisa.
Dr Wells menyatakan demikian kerana berpendapat Saiful mungkin duduk di mana-mana dan beliau juga mungkin menusuk sebarang objek ke dalam duburnya.
Berikut lintas langsung perbicaraan pagi ini.
9.05 pagi:Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah. Beliau turut diringi Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.
9.15 pagi: Mahkamah mula bersidang dengan hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
9.20 pagi: Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.
Sesi soal balas dimulakan peguam Anwar, Ram Karpal Singh. Dr Wells kemudian membacakan kelayakan akademiknya kepada mahkamah. Antaranya beliau menyatakan beliau adalah ahli International Genetics Society of Australia.
9.28 pagi: Ram Karpal mencelah dan bertanya tentang peranan makmal DNA kepada Dr MacDonalds.
9.37 pagi: Ram Karpal sekali-sekala mencelah bertanya tentang kertas-kertas ilmiah yang terdapat di dalam CV beliau.
9.43 pagi: Ram Karpal menarik perhatian Dr McDonalds kepada satu kes di Brunei yang beliau pernah dipanggil untuk memberi keterangan.
Ram Karpal bertanya samada kes itu ada kena-mengena dengan pencemaran sampel DNA dan Dr MacDonalds mengakui ada.
Menurutnya, tertuduh dalam kes itu dibebaskan mahkamah.
9.49 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Dr MacDonalds tentang peranan ujikaji terhadap DNA dalam siasatan forensik.
“Bolehkah anda beritahu kami dalam bahasa mudah bagaimana siasatan DNA membantu dalam siasatan forensik?” tanya Ram Karpal.
Menurut Dr MacDonalds, DNA terbahagi kepada ‘coding DNA’ dan juga ‘non-coding’ DNA.
‘Coding DNA’ dinamakan demikian rupa kerana ia mengandungi siri protein yang unik bagi setiap individu dan siri protein itu membentuk ‘kod’ yang dimaksudkan.
Kod itu adalah unik bagi setiap individu.
9.53 pagi: Dr MacDonalds menerangkan tentang empat kod DNA iaitu A, G,C,D yang boleh ditemui dalam mana-mana DNA manusia.
10.02 pagi: Dr McDonald menerangkan tentang graf elektroferogram yang diperolehi selepas ujikaji DNA melalui ujian ECR.
Ram Karpal meminta Dr McDonalds menerangkan jenis perisian yang digunakan dalam menganalisa DNA.
Katanya terdapat 2 jenis; GeneScan dan juga GeneMapper.
Ram Karpal juga bertanya tentang maksud ‘starter’.
10.23 pagi: Ram Karpal bertanya tentang ketidakseimbangan puncak dalam elektroferogram.
“Adakah ia penting untuk meneliti ketidakseimbangan puncak dalam analisis DNA?” tanya Ram Karpal.
“Ia sangat penting,” balas Dr McDonalds.
10.25 pagi: Dr McDonalds seterusnya menjelaskan International Standards Organisation (ISO) adalah badan antarabangsa yang mengeluarkan garis panduan dalam ujikaji DNA.
10.30 pagi: Ram Karpal bertanya samada makmal tempatan seperti Jabatan Kimia Malaysia perlu mematuhi standard dan garis panduan ISO.
Dr McDonalds memberitahu mana-mana makmal perlu mempunyai akreditasi.
Menurut pemahamannya, akreditasi makmal Jabatan Kimia Malaysia tamat pada Oktober 2005 dan hanya diperbaharui pada Oktober 2010.
Malah, ia juga tidak diakreditasi di bawah standard 17025 ISO.
Sedangkan di Australia, mana-mana makmal akan diakreditasi setiap dua tahun.
10.35 pagi: Peguam Cara Negara II mencelah dan mempertikai cara Dr McDonalds memeriksa akreditasi Jabatan Kimia melalui laman web jabatan itu sahaja.
Ram Karpal menegaskan beliau mempunyai dokumen untuk mengesahkannya.
10.39 pagi: Yusof mencelah dan berkata ia tidak boleh diterima di mahkamah kerana ia tidak ditanda sebagai ID atau pun P.
10.40 pagi: Dokumen itu adalah surat akreditasi lanjutan enam bulan sahaja dalam tahun 2005 yang dialamatkan kepada Lim Kong Boon, dari Jabatan Kimia Malaysia.
10.42 pagi: Surat akreditasi itu kemudian ditanda ID89.
10.43 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Yusof samada beliau membantah dokumen itu ditanda dan digunakan di mahkamah.
Apabila Yusof berkata ya, Ram Karpal berkata Yusof sendiri menolak sijil akreditasi yang dikeluarkan kepada Jabatan Kimia Malaysia dan mengakui makmal itu tidak diakreditasi.
Pada ketika ini, orang ramai yang duduk di galeri awam mahkamah tertawa kecil.
10.44 pagi: Ram Karpal memohon untuk berehat seketika. Mahkamah akan bersambung semula pada jam 11 pagi.
sumber
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan