Rabu, 6 Julai 2011

HOT: Mahkamah pinda tuduhan berkhalwat bekas ketua puteri UMNO Jerlun

JITRA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, meminda tuduhan khalwat dihadapi bekas Ketua Puteri UMNO Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Muhd Ismail, 47, dengan menggugurkan perkataan bersekedudukan, bersekediaman dan bersembunyi, sebaliknya mengekalkan perkataan berkurung.





Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha membenarkan pindaan terhadap pertuduhan asal itu selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menggugurkan tiga fakta dalam pertuduhan asal dengan mengekalkan perkataan berkurung bagi mengelak kekeliruan seperti didakwa peguam bela.

Bagaimanapun, Yusmawati yang memakai baju kurung dan tudung berbunga biru dan Jasmi berkemeja kuning mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Farah Hasan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shukri Zakaria.

Kamaruslan kemudian menetapkan 14 Ogos ini bagi perbicaraan kes untuk memberi masa kepada pendakwaan mengeluarkan sapina bagi memanggil saksi kes.

Yusmawati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Jasmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.
Mengikut Pertuduhan Yusmawati Yaacob, 31, didakwa berkurung bersama Jasmi di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu.



sumber berita klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

dah kena sangat dah....yang betina gatai nak mampus, yang jantan tua miang..dah la miang bodo piang....kalau menatang tu dah gatal sangat hangpa dua nikahla.kalau bini tua tak mau sain,pi la nikah kat golok atau kat mana2 la...ini tidak..kira nak buat maksiat saja...