Akhbar harian Australia The Age melaporkan dakwaan itu ekoran siasatan secara berterusan yang dilakukan sehingga lapan individu telah ditahan termasuk enam bekas pegawai kanan dari syarikat wang kertas Australia dan bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Mohamad Daud Dol Moin.
“Dengan tuduhan ini, saya berkewajiban untuk memberikan respons terhadap mana-mana tuduhan yang dilemparkan ke atas saya.
“Bagaimanapun, ia tidak benar tentang tuduhan, seingat saya tiada sesiapa yang membuat tawaran itu. Jika ia masih berterusan saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan serta-merta kepada pihak berkuasa termasuk polis dan pihak yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan ringkasnya.
Hari ini The Age melaporkan Abdullah (gambar) merupakan salah seorang daripada beberapa personaliti politik Malaysia berpengaruh, yang pihak berkuasa antirasuah percaya Securency dan Note Printing Australia— firma yang masing-masing separa dan milik penuh bank pusat Australia — didakwa cuba untuk memberi sogokan menggunakan sebahagian daripada komisyen sekitar RM13 juta ($4.2 juta) yang dibayar kepada dua orang tengah kira-kira enam tahun lalu.
Menurut sumber akhbar itu, cubaa sogokan kepada perdana menteri kelima itu mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak yang berlaku sekitar 2003 selepas menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum melepaskan jawatan itu pada 2009.
Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma Reserve Bank of Australia untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.
Mohamad Daud yang didakwa Jumaat lalu menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.
Ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum, ditahan dan didakwa Jumaat lalu kerana terlibat dalam dua kesalahan rasuah.
Polis Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan sejak 2009.
Tahun lalu, SPRM menahan tiga individu yang mempunyai kaitan dengan membekalkan wang polimer RM5 dan berdasarkan laporan Securency menawarkan sogokan kepada pegawai di Malaysia.
Kesemua individu itu termasuk seorang ahli perniagaan didakwa menerima RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia supaya kerajaan Malaysia memilih wang polimer.
sumber berita klik sini
0 respon:
Catat Ulasan