Hayati ayat ayat di bawah ini dengan penuh ketekunan dan jangan kita terburu buru untuk menyerang aku sebagai si Penulis...
Dewasa ini aku melihat momokkan Pihak Kerajaan tentang keburukkan dan keganasan yang sangat buruk bakal berlangsung jika Demostrasi Bersih di teruskan
Belom pun masuk bulan Julai, sudah ramai yang di tanhan Polis dan mungkin untuk minggu-minggu Terakhir menjelang 9 July 2011 akan ada Operasi lalang 2 untuk memenjarakan beberapa pemimpin kanan PR yang sekian lama menjadi idaman Najib razak.
Di fahamkan situasi di dalam UMNO sendiri pun penuh ketegangan antara PM dan TPM di mana hanya masa sahaja yang akan menentukan jatuh bangun PM jika gagal membaiki prestasi UMNO serta BN sebagaimana amanah yang di beri sebagai PM yang menganti Pak Lah.
Tetapi mood rakyat nampaknya semakin memuncak untuk menjahanamkan lagi UMNo dan Najib sudah pasti terasa bahangnya Kerusi PM ini, jadi di mana lagi Najib harus mencari jalan untuk teruskan Kuasanya sebagai PM malaysia?
mungkin hanya ini sahaja jalan yang Najib ada iaitu. .
1) Mengerakkan seberapa banyak arahan kepada jabatan2 Kerajaan yang berwajib bagi memastikan UNDI BN terus Meningkat
2) Mengugut SPR agar memastikan UNDI Kepada BN bertambah
3) Mengarah Beberapa NGO upahan Seperti Perkasa, GAPS, Perkida, Pemuda UMNO dan sebagai nya untuk menimbulkan keadaan huru hara di dalam Negara bagi membolehkan Beliau melancarkan darurat dan Migran,
Atau
4)melakukan operasi lalang dengan membangkitkan atau mereka Cipta satu isu Nasional seperti fahaman Komunis di dalam beberapa Pemimpin Pembangkang,
Nampaknya keadaan di atas seolah olah hampir berlaku dan hampir menjadi Realiti jika Demonstrasi Bersih di teruskan, dengan kerahan beberapa Pertubuhan Upahan UMNo seperti Perkasa, Gaps, Pemuda UMNO dan berbagai lagi termasuk SB SB Polis untuk memulakan tindakan subversif dan Provokasi, semua telah terangcang dengan rapi sambil Polis Polis membuka Gelanggang untuk acara kekacauan nasional di lakukan yg mirip tregedi 13 Mei 69 ,
Bayangkan lah Demonstari Haram Pemuda UMNO dan PERKASA di Pulau Pinang sebentar tadi mendapat layanan baik dari Pihak Polis, malah Perhimpunan Haram itu jugak telah menganggu gugat ketenteraman para Penghuni kota Geogetown sebentar tadi Tetapi Pihak Polis hanya mampu melihat seperti mereka melihat Pesta changi di Kota Mutiara itu.
Bagaimana pula jika Perhimpunan itu dilakukan oleh Pihak PR, apakah Mereka jugak mendapat layanan sebegitu dari Pihak Polis?
Berbalik kepada maksud topik ini. Pro atau Kontra Jika Perhimpunan Bersih di teruskan,
Secara jujur dan Peribadi, aku harap para Pemimpin Pembangkang dan seketriat Bersih dapat berfikir lagi demi kebaikkan dan perjalanan kita ke Putrajaya, jangan kerana isu ini yang berjaya di momokkan oleh UMNO sehingga ke Mimba Masjid akan membuat Perjalanan kita Ke Putrajaya akan gagal malah mungkin kita terpaksa menunggu lagi 5 atau 10 Tahun jika Migran berjaya di tubuhkan Oleh YDP Agong.
Apa Implikasinya jika Migran ini di tubuhkan!
Najib akan memiliki Kuasa Penuh untuk memulihkan kuasanya sambil beliau akan melakukan cantasan cantasan ke atas musuh musuh Politiknya baik di dalam mahupun di luar UMNO, dan mungkin Muyiddin akan kempunan sambil sepupu Najib akan di naikkan Pangkat sebagai TPM bagi memastikan ada penampan jika kuasa Beliau di cabar di dalam Perhimpunan UMNO dan di Parlimen,
Rakyat akan hilang arah kerana saban hari berita berita keburukkan dan punca tregedi angkara PR dan sebagainya di momokkan secara meluas dan yang lebih malang lagi Jika Sistem Perlembagaan Negara yang ada ini akan di Gubal semula tanpa memerlukan suara 2/3 majoriti di Parlimen,
Mahukan kita ia berlaku?
'Berundur bukan bererti kalah, Mengalah bukan bererti kita lemah', Gunakanlah stretegi baru bagi memastikan Najib terus tertekan dari perbagai Penjuru politiknya. dan kita musnahkan UMNO dari dalam dengan Membiarkan PRU berlangsung dalam masa Terdekat ini sambil PR terus menekan dan menekan SPR agar telus dalam menjalankan tanggunjawabnya di Negara ini. (percayalah bahawa rakyat Malaysia bukan lagi bodoh seperti yang di mahukan oleh UMNO, mereka juga sedang menanti hari untuk mencampakkan UMNO ke lembah Kehancuran Kerana kegagagalan UMNO menjaga hak hak dan keperluan harian rakyat selama ini)
tidak kurang jugak.
Ingatan kepada DSAI agar berhati hati dengan langkah beliau supaya beliau tidak terlalu laju menawan Putrajaya, 'jangan di biar pisang berbuah dua kali' dan ingat bagaimana beliau di humban ke Penjara sedangkan langkah nya untuk memimpin Negara hanya tinggal seinci lagi jauh perjalanan nya. , Rugi dan sangat Rugi bila beliau di nafikan Hak untuk menjawat jawatan PM satu ketika dulu akibat tindakan beliau yang gopoh itu dapat di Hidu oleh Tun Mahadir,
Jadi semoga pengalaman silam dapat mematangkan kita semua sambil kita harus terus berusaha melakar stretegi bagi mengucar kacilkan Perpaduan UMNO dan konco konconya bila menjelang PRU akan datang.
Sekarang adalah masa yang terbaik untuk PR merangka Stretegi setelah isu Bersih di mainkan dengan penuh panik oleh UMNO, Apakah harus meneruskan Demonstrasi agar Najib tersenyum Lebar atau menukar tarikh di saat akhir menjelang 9 July bagi mempertontonkan Kepada Seluruh Dunia akan kegelisahan yang di alami oleh BN hanya dengan gertakkan rakyat untuk berdemo.
"Berundur bukan Bererti Kita Lemah"
Kita teruskan membakar api kemarahan rakyat melalui tindakkan-tindakkan songsang Kerajaan dalam Membela Nasib rakyat, Kita gunakan agenda ini untuk meraih undi, Kita gunakan kelemahan Najib untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam BN dan kita teruskan agenda agenda buku Jingga untuk di fahami segenap masyarakat di kota dan di Desa.
sampai Bila Najib hendak Melatah dan sampai bila Rakyat akan terus di perbodohkan untuk selamanya oleh UMNO?
ingat Pepatah Melayu "Sepandai Pandai Tupai Melompat akhirnya Ke tanah jua ia jatuh" begitu juga dengan cara UMNO ini.
Kepada Pemimpin2 Tertinggi PR, hayatilah keadaan ini dan berfikirlah untuk melancarkan matlamat kita ke Putrajaya.
UMNO telah lama Merangcangkan kekecohan kaum ini, bermula dengan perarakkan Kepala Lembu, di ikuti dengan kebakaran di gareja serta penghinaan secara terus kepada kaum CIna, tetapi semua itu menemui jalan buntu kerana kebijaksanaan Pemimpin PR memainkan Peranan ini. namun bila Demostrasi Bersih di rangcang ia seakan akan PR memberi Senjata tambahan Kepada najib untuk menjayakan agenda beliau untuk terus berkuasa tanpa memerlukan PRU di adakan dalam tempoh 5 tahun akan datang, sama dan mirip seperti Yahudi merampas dan menceroboh tanah tanah rakyat palestin dan Negara Iraq. . semua nya hanya memerlukan hanya satu penyebab.
Demi Kebaikan PR dan kebaikkan para Penyokong PR yang bersemangat untuk menjatuhkan BN. . tolong jangan kita mengambil jalan singkat dengan melayani karenah dan tarian UMNO yang sedang memburu kuasa Percuma tanpa memerlukan PRU jika Migran di tubuhkan.
Jika para Pemimpin Pembangkang di tangkap Sekalipun Namun Najib masih tidak mampu mengubah selera rakyat Untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Tetapi dengan penubuhan Migran maka semua itu akan santapan idaman Najib bagi menaikkan lagi kuasanya di dalam Negara . . apakah ini yang kita mahu. . . "
sumber berita asal klik sini
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan