Khamis, 2 Jun 2011

Woi "along", bukan kami yang berhutang!

JOHOR BAHRU: Kegembiraan empat beranak memasuki rumah baru yang dibeli lengkap dengan perabot, bertukar trauma apabila kediaman itu kini menjadi sasaran along yang menuntut hutang daripada pemilik asalnya.






Keluarga mekanik Soo Ah Weng, membeli rumah yang terletak di Taman Seri Orkid, Skudai itu pada harga RM270,00 menerusi seorang ejen hartanah pada 21 Mei lalu. Mereka tertarik untuk mendiami rumah berkenaan kerana berpendapat harga belian yang diperoleh begitu berbaloi kerana turut mendapat perabot lengkap dalam rumah berkenaan. Namun, kegembiraan mereka mendiami rumah serba selesa itu terbantut apabila kunjungan untuk membersihnya pada Ahad lalu, disambut dengan kesan simbahan cat merah pada sebahagian besar bahagian luar rumah terbabit.

Anak mangsa, Soo Hui Peng, 28, berkata beliau ke rumah baru dibeli bapanya untuk melakukan kerja pembersihan kerana keluarganya mahu mendiami secepat mungkin.

“Saya terkejut sebaik melihat rumah teres dua tingkat yang ayah baru beli penuh dengan kesan simbahan cat merah, selain nota meminta hutang dilunaskan jika kami tidak mahu dicederakan.

“Ia membuatkan saya terkejut dengan kejadian ini kerana kami sekeluarga tidak tahu menahu dengan hutang yang dimaksudkan. Saya percaya ini ada kaitan dengan pemilik rumah terdahulu yang membuat pinjaman dengan kumpulan along yang sedang memburunya.
“Bimbang dengan keselamatan keluarga, saya membuat laporan di Balai Polis Nusajaya dan berharap mereka yang melakukan tindakan ini untuk segera menghentikannya kerana kami tiada kaitan," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Naib Ketua Biro Pengaduan MCA Badan Perhubungan Johor, Diong Ah Lek, berkata berdasarkan nombor telefon pada nota yang ditinggalkan bersama kesan cat merah itu, pihaknya berjaya menghubungi kumpulan yang dipercayai menyimbah cat terbabit.

“Melalui panggilan telefon, orang yang dihubungi itu mendakwa pemilik asal rumah terbabit membuat pinjaman dengan lapan along membabitkan jumlah hampir RM100,000 dan kini menghilangkan diri.

“Hasil panggilan itu, kumpulan yang menyimbah cat merah terbabit mendakwa tidak mengetahui rumah berkenaan sudah bertukar milik dan menyatakan hutang pemilik asalnya dengan lapan along membabitkan jumlah besar.

“Saya meminta mereka supaya menghentikan segera perbuatan menyimbah cat berikutan rumah terbabit sudah dibeli orang lain, selain memandang serius terhadap keselamatan pemilik baru dan keluarga mereka," katanya. (BH)

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: