Khamis, 2 Jun 2011

Tunjuk "anu" depan wanita - akhirnya didakwa

KUALA LUMPUR: Mungkin kerana ‘terpaksa’, seorang penganggur memilih tandas wanita untuk golongan orang kurang upaya (OKU) sebagai tempat untuk ‘melepaskan
hajat’.






Bagaimanapun, tindakan Mohd Faizul Husin, 32, membawa padah apabila perbuatannya yang hendak membuka zip seluar dilihat oleh seorang wanita yang berada
di dalam tandas tersebut.

Pada Rabu, Mohd Faizul yang berasal dari Batu 6, Gombak, dekat sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan cuba mengaibkan kehormatan wanita
terbabit yang berusia 32 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan cara hendak membuka zip seluar untuk membuang air kecil dengan niat kemaluannya boleh dilihat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas yang terletak di aras 38, Menara Citibank, Jalan Ampang, di sini pada pukul 3 petang, 23 Mei lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima
tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki bertubuh sederhana itu ditangkap pada hari yang sama selepas pegawai operasi keselamatan, Ali Iskandar Sharma Abdullah membuat laporan polis.

Pada prosiding di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani, tertuduh juga didengari berkata: “Saya dah cuba elak, tapi tak dapat.”

Mohd Faizul seterusnya merayu agar mahkamah dapat mengurangkan jaminan RM5,000 yang ditawarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad.

“Saya baru habis belajar dan sekarang sedang mencari kerja,” katanya yang masih bujang.

Aizatul Akmal menetapkan jaminan tertuduh pada jumlah RM4,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes akan dilakukan pada 1 Julai depan.

Emak tertuduh, Fatimah Yaacob, 70, yang berada di galeri awam mahkamah dilihat mengesat air mata dengan tudung yang dipakainya semasa prosiding berlangsung.

Selepas prosiding selesai, dia dilihat menghampiri Mohd Faizul dan meminta anaknya untuk bersabar sementara dia mencari pitih (wang) jaminan.

Jaminan tersebut telah dibayar pada petang hari ini.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: