Khamis, 2 Jun 2011

PKR kena "tinju" dengan ROS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Jun ini untuk mendengar permohonan awal PKR bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan pendaftaran parti itu.






Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan ROS sebagai responden.

Jika mereka berjaya mendapatkan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar hujahan substantif PKR berhubung kes berkenaan.

PKR juga diberi tempoh sehingga 9 Jun untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada ROS mengapa parti itu tidak boleh dibubarkan.

Salah seorang peguam PKR Fadiah Nadwa Fikri memberitahu media tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Azrul Darus dan kes itu dijadual didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim.

- Bernama

PBO:

Pembangkang sudah kena tinju dari semua pihak. Lawan bukan UMNO lagi tapi banyak juga parti celup cap agensi.

Mampukah parti ini bertahan atau akan terkubur kelak?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: