Abdul Taib berkata, pembangkang mungkin akan menggunakan isu berkenaan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang berlangsung ketika ini, namun ia tidak akan menjejaskan beliau. "Ya, saya akan membuat pengumuman rasmi mengenai isu berkenaan esok (hari ini) bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Mereka (SPRM) jelas 'menyalak pada pokok yang salah' (barking at the wrong tree) kerana mengambil langkah berkenaan. "Akan berlaku kejutan esok ketika pengumuman mengenainya, anda semua pasti terkejut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pembukaan Sidang Dun Sarawak, di sini, semalam.
Sebelum ini, SPRM dalam kenyataan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, mengesahkan pihaknya sedang menyiasat Abdul Taib berhubung dakwaan rasuah berhubung kegiatan pembalakan dan proses mengumpul maklumat sedang dilakukan.
Difahamkan, Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, baru-baru ini membekukan aset Abdul Taib selepas Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Ketua Menteri Sarawak itu di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, mengulas mengenai isu jawatan Timbalan Ketua Menteri I, yang kosong berikutan kekalahan penyandangnya, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 yang lalu, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan.
"(Tan Sri) James Jemut Masing masih belum pasti menjawat jawatan itu, saya tidak berapa memikirkan perkara berkenaan setakat ini. Mungkin kita boleh ada dua, tiga atau empat jawatan Timbalan Ketua Menteri selepas ini?
"Saya tidak tahu apa kemungkinannya, mungkin semua pihak harus menunggu struktur kabinet baru selepas ini," katanya.
PBO:
hebat sungguh Abdul Taib ini.
sumber berita klik sini
0 respon:
Catat Ulasan