Khamis, 2 Jun 2011

Penarik beca dipenjara kerana rogol remaja

ELAKA – Seorang penarik beca dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja bawah umur pada April lalu.





Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Hararna Jeet Singh, 56, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.

Mengikut pertuduhan, M. Hararna didakwa merogol mangsa berketurunan India Muslim berusia 14 tahun di sebuah bilik di sebuah rumah beralamat T472, Jalan Chan Koon Cheng di sini pada pukul 10.15 malam, 27 April lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia sudah berumur.

“Saya juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” katanya.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: