Rabu, 8 Jun 2011

Pemandu cuba rogol penumpang dalam bas

JASIN - Perbuatan biadap seorang pemandu bas ekspres warga Indonesia yang memasang video lucah sebelum cuba merogol seorang penumpang di atas lantai kenderaan itu memakan diri apabila dia ditahan dalam kejadian di Bukit Kajang, Bemban di sini kelmarin.






Kejadian pukul 10.45 malam itu disedari oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah selepas berasa pelik melihat sebuah bas ditinggalkan dalam keadaan enjinnya tidak dimatikan di tepi jalan, manakala pemandu dan penumpang tidak kelihatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, sebaik didekati, anggota berkenaan terkejut apabila terdengar suara wanita menjerit. (kosmo)

--------------------

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan
terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum
cuba merogol mangsa.

Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika
dia menjadi penumpang terakhir dalam bas.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.
Namun, wanita berkenaan bernasib baik kerana kebetulan dua anggota polis yang menaiki kereta peronda melalui kawasan itu dan terus memeriksa selepas melihat
keadaan bas mencurigakan. (HM)


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: