Rabu, 8 Jun 2011

Payudara gadis ini bertukar hitam

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang kerani yang membuat pembedahan plastik untuk membesarkan payudara semata-mata kerana hendak menggembirakan teman lelakinya mengundang padah apabila dia bukan sahaja terpaksa menanggung derita, malah turut dikecewakan lelaki tersebut.






Wanita yang dikenali sebagai Tham, 30, itu kini menderita apabila terpaksa menanggung kesakitan berikutan payudaranya kini bertukar kehitam-hitaman selain berasa gatal dan bernanah.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila teman lelakinya telah meninggalkannya gara-gara kejadian tersebut. Tham telah lima tahun menjalin hubungan dengan jurujual itu.

Difahamkan, Tham dari Triang, Pahang, menggunakan wang simpanannya sebanyak RM13,100 untuk membuat pembedahan di sebuah pusat kecantikan dekat sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketika itu payudara mangsa bersaiz 32B dan hendak dibesarkan ke 34B. Berat badannya pula kira-kira 55 kilogram.

Mengimbau semula kejadian itu, Tham memberitahu, dia bertekad melakukan pembedahan tersebut selepas teman lelakinya sering mengadu yang dia malu mempunyai teman wanita berbadan berisi tetapi mempunyai payudara kecil.

Katanya, selepas dicadangkan oleh seorang rakan, dia pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk melakukan pembedahan tersebut pada 11 Mac 2010 tanpa mengetahui doktor di situ tidak mempunyai tauliah. (kosmo)

---------------------
KUALA LUMPUR: Ketaksuban wanita yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai payudara menarik demi memuaskan hati teman lelakinya bertukar mimpi ngeri apabila
terpaksa menanggung kesakitan kesan daripada pembedahan yang dijalankan di sebuah pusat rawatan kosmetik di ibu kota, tahun lalu.

Niat wanita terbabit, Tham Mei Leng, 30, ingin memberi kejutan kepada pasangannya selepas lelaki itu sering bersungut dia mahu kekasihnya kurus dan berpayudara
besar menyebabkan mangsa nekad melakukan pembedahan itu bagi memenuhi tuntutan teman lelakinya.

Bagaimanapun, kejutan yang diharapkan tidak kesampaian sebaliknya dia menanggung kesakitan sehingga kini akibat pembedahan itu tidak berjaya malah menyebabkan
payu daranya bernanah dan kehitaman.

Lebih menyedihkan RM13,100 yang digunakan untuk kos pembedahan itu menjadi episod hitam dalam hidupnya apabila tubuh badannya menjadi hodoh sehingga percintaannya
selama lima tahun dengan teman lelaki terputus gara-gara lelaki itu tidak dapat menerima kekurangan dirinya.
Mei Leng berkata, penderitaan dialaminya kini bermula pada 11 Mac 2010, apabila kenalan mencadangkannya membuat rawatan kecantikan di premis di sini. (HM)


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: