Jumaat, 24 Jun 2011

Maybank, CIMB batal rundingan dengan RHB

KUALA LUMPURL Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd membatalkan perundingan berasingan masing-masing dengan RHB Capital Bhd mengenai kemungkinan mengadakan penggabungan.





Penganalisis berkata, harga pertanyaan mungkin terlalu tinggi sehingga menjurus kedua-dua bank utama negara menarik diri bersama-sama.

Maybank, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, menyatakan keputusan itu diambil selepas melihat kepada perkembangannya baru-baru ini dan selepas mengadakan pertimbangan selanjutnya.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, (*adik Najib Razak, PM Malaysia) dalam kenyataan berasingan, menyatakan bank percaya yang ia tidak mampu mencapai kepada mewujudkan nilai penggabungan berdasarkan kepada pelbagai perbincangan dan penilaian jangkaan semasa pemegang saham utama.

"Perbincangan penggabungan membabitkan sumber dan mengganggu pekerja dan pemegang kepentingan. Oleh itu, saya lebih suka untuk tidak memanjangkan perbincangan ini, sekali gus membolehkan kesemua pihak kembali menjalankan perniagaan seperti biasa secepat mungkin," katanya.

Beliau tidak menyebut sebarang soal harga.

Penganalisis yang dihubungi berkata, desakan ini bermula apabila Abu Dhabi Commercial Bank mula menjual 25 peratus kepentingan kepada dana pelaburan Aabar Investments yang berpangkalan di Abu Dhabi pada harga yang agak tinggi.

Dana itu membayar RM10.80 sesaham untuk kepentingan walhal nilai wajarannya dikatakan sekitar RM10.50 sesaham dan ini juga dikata menyukarkan cadangan pengambilalihan RHB.

Pemerhati pasaran masih menantikan apa yang akan Bank Negara katakan mengenai perkara ini memandangkan niaga janji itu dibatalkan kurang daripada sebulan selepas kelulusan diberikan untuk perundingan mengenai penggabungan.

Penggabungan RHB Capital dengan mana-mana bank boleh mewujudkan apa yang disifatkan sebagai bank terbesar di Asia Tenggara, mengambilalih DBS Group, Singapura.

Pada penutup urus niaga di Bursa Malaysia, Maybank susut dua sen kepada RM8.82 sementara CIMB turun empat sen kepada RM8.51. RHB, sebaliknya pula jatuh 57 sen kepada RM9.03.

PBO:

*berita ini mungkin melegakan sesetengah pekerja RHB yang risau akan pengurangan tenaga kerja atau erti kata lain kemungkinan diberhentikan. Apa pendapat anda?

sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Andrik McVean berkata...

why should combine?