Ahad, 8 Mei 2011

Tukang urut kantoi

JOHOR BAHRU – Seramai 10 wanita warga asing ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen negeri ini dalam serbuan berasingan di dua buah premis yang menawarkan perkhidmatan mengurut di sekitar Taman Nusa Bestari, di sini, kelmarin.







Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki :tempatan berusia lingkungan 40-an yang juga pemilik premis perniagaan berkenaan dalam serbuan selama tiga jam itu.

Menurutnya, kesemua wanita warga asing terbabit yang ditahan berusia antara 33 hingga 44 tahun berasal dari China, Thailand dan Vietnam.

“Sebuah daripada dua premis enggan memberikan kerjasama kepada kami ketika serbuan dijalankan sekali gus menyebabkan anggota dan pegawai terpaksa memecahkan pintu hadapan bangunan berkenaan.

“Malah, salah seorang daripada wanita yang ditahan turut mengalami kecederaan ringan di kakinya selepas bertindak nekad terjun menerusi tingkap di tingkat satu premis perniagaan berkenaan,”

Amzari berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan Imigresen 1963 seterusnya di
bawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Johor, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, di sini, bagi tindakan selanjutnya. (SH)


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: