Selasa, 17 Mei 2011

Ron 95 disemak, harga mungkin turun - syabas UMNO

Entahlah apa mimpi rakyat Malaysia, selepas kenaikan harga gula kini tiba giliran kemungkinan Ron 95 yang digunakan berjuta-juta rakyat di Malaysia pula akan naik.




Sama ada naik atau tidak, ianya akan diputuskan bulan depan.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," - Ismail Sabri

Dari kata-kata itu, PBO yakin dan anda pun yakin bahawa harga Ron 95 akan naik. Anda masih lagi bersenang lenang di rumah sedangkan kesan kenaikan kepada rantaian barangan yang lain cukup besar.

"Beliau berkata, sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran." - petikan dari BH

Naik jangan tak naik. Berilah sejuta alasan, rakyat Malaysia adalah rakyat yang lemah lembut dan baik hati. Tidak jadi masalah, kerana kita boleh menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.

Kalau disemak, kemungkinan untuk turun tu macam bermimpi di siang hari. Naik lagi adalah ... Tapi lagi naik, lagi cepat UMNO dikafankan...

"rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

sumber berita harian

sumber MStar online


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: